Kehidupan peribadi Nora_Danish

Nora berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, anak sulung bekas Speaker Parlimen Malaysia Tan Sri Ramli Ngah Talib, pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada awal Julai 2008. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.[39][40]

Pada Februari 2015, Nora membuat laporan polis terhadap penggunaan gambarnya oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia. Bagaimanapun, nama beliau tidak disebutkan dalam video yang dimuatnaik di YouTube.[41]

Pada 30 Mac 2017, beliau berkahwin kali kedua dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz. Perkahwinan mereka berlangsung di Seputeh Glasshouse dan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 200 ahli keluarga dan rakan-rakan.[42][43]

Pada 21 Februari 2018, Nora dan suami, Nedim dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim yang dilahirkan seberat 2.98 kilogram melalui pembedahan.[44][45][46][47]

Beliau dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Fasha Sandha sehingga kedua-duanya tidak bertegur sapa berikutan tindakan Fasha menghantar gambar di Instagram dengan kata-kata jelik yang mengaitkannya dengan label pakaian Nora, sekaligus menjejaskan perniagaannya. Pada penghujung Mei 2018, Nora dan Fasha menamatkan perselisihan faham sesama mereka yang telah berpanjangan selama 8 tahun.[48][49]

Rujukan

WikiPedia: Nora_Danish http://www.azhan.co/biodata-nora-danish-artis-pali... http://english.astroawani.com/entertainment-news/n... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/nora-dani... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/puas-berl... http://www.budiey.com/drama-lagenda-puteri-bunian/ http://www.budiey.com/nora-danish-ijoy-pemenang-pa... http://www.budiey.com/senarai-pencalonan-anugerah-... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://galaksi-media.com/hiburan-farid-kamil-dan-n... http://www.gempak.com/artikel/1369/nora-danish-psi...